Re: First H7N9 case detected in Malaysia involving Chinese tourist
Re: First H7N9 case detected in Malaysia involving Chinese tourist
Google Translation
PRESS RELEASE
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA
CASE IMPORT AVIAN INFLUENZA A ( H7N9 ) FROM CHINA
Ministry of Health Malaysia ( MOH ) to report one ( 1 ) imported cases of Avian Influenza A ( H7N9 ) involving a
female tourist Chinese citizen aged 67 who came from Guangdong province, China during a visit with a trip to Sabah , Malaysia .
Investigations revealed that the case had received initial treatment in China for symptoms of fever , cough , runny nose , joint pain and fatigue begin January 30, 2014 , four ( 4 ) days before he arrived in Kuala Lumpur on February 3, 2014 . He left on February 4, 2014 and was in Sandakan until February 6, 2014 . Next , he went to Kota Kinabalu on February 6, 2014 .
On February 7, 2014 , the case is getting weaker and sought treatment at a private clinic before being referred to the district hospital . On the same day , the case was transferred to a private hospital at the request of family members. Screening tests were performed for the first sample suspected Avian Influenza A ( H7N9 ) on February 9, 2014 and the second confirmatory test samples tested positive on February 11, 2014 . Until now , the case is still receiving treatment at the Intensive Care Unit (ICU ) of the hospital and is in stable condition .
Ministry of Health Malaysia ,
Level 12 , Block E7 , Parcel E ,
Federal Government Administrative Centre ,
62590 Putrajaya
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
2
Ministry of Health Malaysia has implemented control measures and reasonable precautions include improving the management of infection control in hospitals. Contact detection of 16 members of the group and 4 employees resorts that have close contact ( close contact) with all cases found to be in good health.
Avian Influenza A ( H7N9 ) flu is a disease that occurs in birds ( poultry ) . Typically, the infection from birds to humans only happen if there is exposure to sick birds were infected with the bird flu virus .
The occurrence of Avian Influenza A ( H7N9 ), which occurs at this time in China was first reported occurrence in humans in March 2013. To date , a total of 330 cases of Avian Influenza A ( H7N9 ) , including 65 deaths , confirmed by laboratory tests have been reported in humans .
So far , WHO has not issued any travel advisory (travel advisory ) or remove any restrictions trip to China, and there is no vaccine to prevent the spread of Avian Influenza A ( H7N9 ) . Monitoring WHO also found no evidence of human-to- human transmission occurs far as reported in Taiwan where it is limited to two ( 2 ) imported cases without contagion . Therefore, the risk of the infection spreading among the local population in Malaysia is very low .
Ministry of Health Malaysia has constantly improved preparedness measures to deal with possible infection of Avian Influenza A ( H7N9 ) . Thus , further actions including ;
a) To strengthen the surveillance of influenza activity across the country , especially in the state including the number of sentinel locations in Sandakan and Kota Kinabalu from eight ( 8 ) to twelve ( 12 ) .
b ) Strengthen the capacity of laboratories performing tests in Sabah in H7 .
c ) Measures implemented infection prevention and control in all health facilities.
d ) Cooperation of the Veterinary Department to enhance surveillance activities in birds .
e ) Securing the cooperation of the travel agency that manages the visit of tourists from countries affected with avian influenza infection to advise their clients that is not healthy to postpone the trip. If there are tourists who show respiratory symptoms are asked to seek immediate treatment at the nearest health facility .
Malaysian Ministry of Health would like to advise the public that:
a) Individuals who visit the countries affected by avian influenza infection and respiratory symptoms when returning home are advised to wear masks ( mask ) and immediately seek medical care at health facilities nearby. They need to be informed about their travel history to the doctor ;
b ) Avoid visiting a market selling live poultry (live poultry market) when visiting countries affected by avian influenza infection ;
4
c ) Always adopt a high level of personal hygiene such as frequent hand washing with soap and water or sanitizer , especially after coughing and sneezing ;
d ) Avoid touching any surfaces contaminated by the stool and / or blood of poultry;
e) Do not hold birds found dead without personal protective equipment and shall report the unusual bird deaths to the nearest Veterinary Office ;
f ) Make sure food is fully cooked before eating ;
g ) Getting treatment at a nearby clinic immediately if they have symptoms of influenza - like illness ( ILI ) , particularly for those involved in the handling of poultry ( poultry ) ;
h ) Report any incidence of ILI cluster to the nearest District Health Office , and
i ) For farmers and poultry farm operators should always adhere to the advice and guidance from the Department of Veterinary Services .
Malaysian Ministry of Health will continue to monitor the occurrence of the disease and any developments will be informed from time to time . Latest information on Avian Influenza A ( H7N9 ) can be obtained from
http://www.moh.gov.my website .
Thank you .
YB Datuk Dr . S. SUBRAMANIAM
MINISTER OF HEALTH MALAYSIA
February 12, 2014
-----Original
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
KES IMPORT AVIAN INFLUENZA A (H7N9) DARI NEGARA CHINA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin melaporkan satu (1) kes import Avian Influenza A(H7N9) yang melibatkan seorang pelancong wanita warganegara China berusia 67 tahun yang berasal dari wilayah Guangdong, China ketika menyertai rombongan lawatan ke Sabah, Malaysia.
Hasil siasatan mendapati kes telah menerima rawatan awal di China untuk gejala demam, batuk, selesema, sakit sendi dan lemah badan bermula 30 Januari 2014, iaitu empat (4) hari sebelum beliau tiba di Kuala Lumpur pada 3 Februari 2014. Beliau berlepas pada 4 Februari 2014 dan berada di Sandakan sehingga 6 Februari 2014. Seterusnya, beliau bertolak ke Kota Kinabalu pada 6 Februari 2014.
Pada 7 Februari 2014, keadaan kes semakin lemah dan telah mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum dirujuk ke hospital daerah. Pada hari yang sama, kes telah dipindahkan ke hospital swasta atas permintaan ahli keluarga. Ujian saringan telah dilakukan bagi sampel pertama yang disyaki sebagai Avian Influenza A(H7N9) pada 9 Februari 2014 dan ujian pengesahan dengan sampel kedua didapati positif pada 11 Februari 2014. Sehingga kini, kes masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan dan berada dalam keadaan stabil. 2
Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang sewajarnya termasuk mempertingkatkan pengurusan kawalan infeksi di hospital. Pengesanan kontak ke atas 16 ahli rombongan dan 4 pekerja rumah peranginan yang mempunyai kontak rapat (close contact) dengan kes mendapati kesemuanya berada dalam keadaan sihat.
Avian Influenza A(H7N9) adalah penyakit selesema yang berlaku dalam kalangan unggas (poultry). Lazimnya, jangkitan daripada unggas kepada manusia hanya berlaku jika terdapat pendedahan kepada unggas yang telah dijangkiti dengan virus selesema burung tersebut.
Kejadian Avian Influenza A(H7N9) yang berlaku pada masa ini di China merupakan kejadian kali pertama yang dilaporkan di kalangan manusia pada bulan Mac 2013. Sehingga kini, sebanyak 330 kes Avian Influenza A(H7N9), termasuk 65 kematian, yang disahkan melalui ujian makmal telah dilaporkan dalam kalangan manusia.
Setakat ini, pihak WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan (travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara China dan tiada vaksin untuk mencegah jangkitan Avian Influenza A(H7N9). Pemantauan WHO juga mendapati tiada bukti penularan dari manusia ke manusia berlaku setakat ini sebagaimana yang dilaporkan di Taiwan di mana ianya terhad kepada dua (2) kes import sahaja tanpa penularan. Oleh itu, risiko jangkitan ini menular di kalangan penduduk tempatan di Malaysia adalah amat rendah.
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mempertingkatkan langkah-langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan jangkitan Avian Influenza A(H7N9). Justeru, tindakan selanjutnya termasuk; 3
a) Memperkukuhkan aktiviti survelan influenza di seluruh negara terutamanya di negeri Sabah termasuk menambah bilangan lokasi sentinel di daerah Sandakan dan Kota Kinabalu daripada lapan (8) kepada dua belas (12).
b) Mengukuhkan keupayaan makmal di Sabah dalam melaksanakan ujian H7.
c) Langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan dilaksanakan di semua fasiliti kesihatan.
d) Kerjasama pihak Jabatan Veterinar untuk meningkatkan aktiviti survelan di kalangan unggas.
e) Mendapatkan kerjasama pihak agensi pelancongan yang menguruskan lawatan pelancong dari negara-negara yang terlibat dengan jangkitan Avian Influenza untuk menasihatkan pelanggan mereka yang tidak sihat supaya menangguhkan perjalanan. Jika ada pelancong yang menunjukkan gejala respiratori diminta mereka mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang berhampiran.
Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang awam agar:
a) Individu yang melawat ke negara-negara yang terlibat dengan jangkitan Avian Influenza dan menunjukkan gejala pernafasan apabila pulang ke tanah air dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung (mask) serta segera mendapatkan rawatan perubatan di fasiliti kesihatan berhampiran. Mereka perlu memaklumkan mengenai sejarah perjalanan mereka kepada doktor;
b) Mengelakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup (live poultry market) bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitan Avian Influenza;
4
c) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin;
d) Mengelakkan daripada menyentuh sebarang permukaan yang dicemari oleh najis dan/atau darah unggas;
e) Tidak memegang unggas yang ditemui mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat;
f) Pastikan makanan telah dimasak sepenuhnya sebelum dimakan;
g) Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala influenza-like illness (ILI), terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas (poultry);
h) Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat; dan
i) Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Maklumat terkini berkaitan Avian Influenza A(H7N9) boleh diperolehi dari laman sesawang
http://www.moh.gov.my.
Sekian, terima kasih.
YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
12 Februari 2014
Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia - View Senarai Kenyataan Akhbar > Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/21/479